Tuesday, 24 May 2022

RUMUSAN TENTANG TEKNOLOGI HIJAU




 TEKNOLOGI HIJAU

            Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif kepada aktiviti seharian untuk spesies bangsa keturunan manusia. Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.

            Masyarakat harus sedar tentang kepentingan teknologi hijau. Dengan kesedaran itu, masyarakat tidak lagi bergantung dengan sepenuhnya pada sumber tenaga daripada petroleum, gas dan arang batu serta berjaya mengecilkan peratus pencemaran melalui pelbagai aktiviti yang menggunakan sumber tenaga alternatif.

          Sememangnya sudah ada usaha-usaha untuk melahirkan masyarakat yang faham tentang teknologi hijau demi kelangsungan dan kemandirian manusia. Kerajaan telah mewujudkan sistem pengangkutan baharu seperti sistem transit massa (MRT). Perancangan untuk mewujudkan MRT berasaskan elektrik dapat mengurangkan jejak karbon bagi setiap penduduk terutamanya di bandar besar. Selain itu, terdapat seruan kepada rakyat agar berbasikal atau berjalan kaki untuk jarak dekat manakala ada sesetengah pihak membuat syor agar mengurangkan atau menghapuskan terus penggunaan kenderaan bermotor.

         Teknologi hijau turut membantu pembangunan masyarakat berilmu yang mendorong ke arah mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup lebih baik. Kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi seorang yang lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam semula jadi, hidup dengan lebih sederhana dan menjadi rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar.

No comments:

Post a Comment

RUMUSAN TENTANG TEKNOLOGI HIJAU

 TEKNOLOGI HIJAU              Teknologi hijau  atau  teknologi alam sekitar  adalah penggunaan sains alam sekitar  untuk memulihara sumber d...