Tuesday, 10 May 2022

PENGURUSAN SISA PEPEJAL

 RUMUSAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL (BAB4)




                  Sisa pepejal merupakan hasil buangan daripada aktiviti sosio-ekonomi manusia yang mempunyai sifat kotor dan dianggap tidak berguna. Ia juga merupakan suatu bahan atau sumber yang tidak lagi digunakan kerana tidak mempunyai nilai ekonomi sebelum ia melalui proses akhir. 


                 Jenis sisa pepejal terkawal menurut Akta 672 ialah seperti sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal pembinaan dan lain-lain lagi. Bagi memastikan Akta ini dikuatkuasakan dengan sebaiknya, kerajaan telah menubuhkan dua agensi iaitu Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam untuk mengurus sisa pepejal dan pembersihan awam diurus dengan sistematik.



                     Antara elemen pengurusan sisa pepejal ialah penjanaan. Sisa pepejal dan komersial boleh dibahagikan kepada dua iaitu sisa pepejal organik dan sisa pepejal bukan organik. Terdapat juga sisa pepejal dalam bentuk bahan kimia atau mudah meletup. Jadi, jumlah penjanaan sisa pepejal merupakan perkara yang perlu dikenalpasti bagi menentukan pengurusan sisa pepejal yang sesuai dan berkesan di sesuatu kawasan.

Selain itu, pengasingan. Proses mengasingkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula dan sisa pepejal yang tidak boleh dikitar semula perlu dilakukan. Pengasingan sisa pepejal di rumah ini adalah mengikuti jenis komposisi sisa pepejal seperti berikut: Kertas (komik, surat khabar, majalah) manakala plastik (botol minuman air, bekas makanan, botol syampu).





No comments:

Post a Comment

RUMUSAN TENTANG TEKNOLOGI HIJAU

 TEKNOLOGI HIJAU              Teknologi hijau  atau  teknologi alam sekitar  adalah penggunaan sains alam sekitar  untuk memulihara sumber d...