Tuesday, 29 March 2022

CONTOH-CONTOH PENCEMARAN ALAM SEKITAR

 PENCEMARAN ALAM SEKITAR


Pencemaran Udara

Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negative kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.



Pencemaran Air

Pencemaran air ialah perubahan yang berlaku kepada air dari segi kandungan atau warna serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh pelbagai bahan pencemar dalam pelbagai bentuk seperti pepejal, cecair dan gas. Ia merujuk kepada pencemaran jasad air (mis. tasik, sungai, lautan, akuifer dan air bawah tanah), biasanya akibat kegiatan manusia. Dalam banyak kes, pencemaran air disebabkan oleh pembuangan air kumbahan kepada . Pencemaran air boleh menyebabkan kemusnahan ekosistem akuatik.


Pencemaran Bau

Pencemaran bau bermaksud satu perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekeliling dengan bau yang tidak disenangi sehingga memberikan kesan negatif kepada haiwan dan manusia. Perkara ini selalunya berlaku di kawasan perlonggokkan sampah atau di tempar pembuangan sampah.

Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.



Pembuangan Sisa Toksik

Sisa toksik bermaksud bahan buangan yang mengandungi sifat-sifat fizikal, kimia atau biologi yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar dan boleh berlaku sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang. Sisa toksik selalunya mengandungi karsinogen dan pendedahan kepada mereka melalui beberapa laluan, seperti kebocoran atau penyejatan dari tempat penyimpanan dan dapat menyebabkan barah yang muncul pada peningkatan frekuensi pada individu yang terdedah pada sisa toksik.

No comments:

Post a Comment

RUMUSAN TENTANG TEKNOLOGI HIJAU

 TEKNOLOGI HIJAU              Teknologi hijau  atau  teknologi alam sekitar  adalah penggunaan sains alam sekitar  untuk memulihara sumber d...