Tuesday, 17 May 2022

RUMUSAN TENTANG 3R (REDUCE, REUSE & RECYCLE)






 


Dengan mengamalkan 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”.

Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad dimana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya.

 Reduce – Pengurangan

1.Hanya beli apa yang diperlukan:
Kurangkan pembelian yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.

2. Beli produk yang boleh diguna semula:
Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.

3. Beli pencuci serbaguna:
Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.

4. Beli barangan yang kurang bungkusan:
Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.



Reuse – Guna Semula

  1. Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan                                                                          barangan di rumah.
  2. Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
  3. Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan                                                                                          barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas                                                                      conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
  4. Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
  5. Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.

Recycle – Kitar Semula

  • Kitar semula di rumah:
    •  Asingkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula mengikut jenis.                                                               Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang                                                                     bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
    • Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik,                                                                       loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik,                                                                      bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
    • Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.
  • Mengitar semula di laman anda:
    • Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda.   proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
    • Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.
  • Mengitar semula di sesebuah komuniti:
    • Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.
    • Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.
    • Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.

No comments:

Post a Comment

RUMUSAN TENTANG TEKNOLOGI HIJAU

 TEKNOLOGI HIJAU              Teknologi hijau  atau  teknologi alam sekitar  adalah penggunaan sains alam sekitar  untuk memulihara sumber d...