Tuesday, 29 March 2022

KEPENTIGAN MENJAGA ALAM SEKITAR

 KEPENTINGAN MENJAGA ALAM SEKITAR


  • Habitat flora dan fauna terjaga.
  • Ekosistem menjadi stabil.
  • Kesihatana manusia terjamin.
  • Dapat menarik lebih ramai pelancong. 
  • Menjamin bekalan sumber alam.
  • Dapat hidup aman dan damai.

CONTOH-CONTOH PENCEMARAN ALAM SEKITAR

 PENCEMARAN ALAM SEKITAR


Pencemaran Udara

Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negative kepada manusia,tumbuhan dan haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.



Pencemaran Air

Pencemaran air ialah perubahan yang berlaku kepada air dari segi kandungan atau warna serta sifat-sifat kimia yang disebabkan oleh pelbagai bahan pencemar dalam pelbagai bentuk seperti pepejal, cecair dan gas. Ia merujuk kepada pencemaran jasad air (mis. tasik, sungai, lautan, akuifer dan air bawah tanah), biasanya akibat kegiatan manusia. Dalam banyak kes, pencemaran air disebabkan oleh pembuangan air kumbahan kepada . Pencemaran air boleh menyebabkan kemusnahan ekosistem akuatik.


Pencemaran Bau

Pencemaran bau bermaksud satu perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekeliling dengan bau yang tidak disenangi sehingga memberikan kesan negatif kepada haiwan dan manusia. Perkara ini selalunya berlaku di kawasan perlonggokkan sampah atau di tempar pembuangan sampah.

Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna,kesuburan dan hakisan. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Keseriusan pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.



Pembuangan Sisa Toksik

Sisa toksik bermaksud bahan buangan yang mengandungi sifat-sifat fizikal, kimia atau biologi yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar dan boleh berlaku sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang. Sisa toksik selalunya mengandungi karsinogen dan pendedahan kepada mereka melalui beberapa laluan, seperti kebocoran atau penyejatan dari tempat penyimpanan dan dapat menyebabkan barah yang muncul pada peningkatan frekuensi pada individu yang terdedah pada sisa toksik.

DEFINISI MESRA ALAM

Buah pegaga, buah bidara,

Ulam ulaman enak dimakan,

Bumi hijau harus dipelihara,

Anugerah indah ciptaan Tuhan.


MAKSUD MESRA ALAM

Mesra Alam dapat ditakrifkan sebagai tenaga yang bersih dan mesra alam seperti tenaga elektrik hidro tenaga solar biomass tenaga angin dan sebagainya bagi menggantikan sumber tenaga fosil yang terbukti mencemarkan alam sekitar. Contohnya industri pembuatan kereta dalam proses pembuatannya  mengamalkan konsep mesra alam iaitu menggunakan gas yang mesra alam membuang sebarang sisa buangan mengikut peraturan alam sekitar dan lain-lain. Mesra alam juga menunjukkan seseorang yg mencintai binatang. Kediaman setingkat ini memudahkan anda merasa rapat dengan alam sekitar dan antara satu sama lain. Maksud mesra alam dalam kajian daripada Aini et al. Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti manusia.


CIRI-CIRI RUMAH MESRA ALAM


1. Guna semula kaca dan plastik sebagai tempat penyimpanan barang.

2. Gunakan kain untuk mengelap meja dapur kerana kain boleh digunakan semula berbanding tisu.

3. Guna semula beg plastik membeli belah untuk mengisi bahan buangan.

4.Hentikan penggunaan racun perosak.

5. Tanam- tanaman organik seperti pudina untuk menghalang serangga perosak.







NAMA AHLI KUMPULAN

Di pasar malam bertemu mantan,
Mantan ditemani seorang pacar,
Salam pertemuan hai teman-teman,
Saya disini hendak belajar.


 AHLI KUMPULAN


                            

NAMA : DANIEL HAKIM BIN MOHD SHAHRIL (MANEN)

NO.MATRIK :10DIB21F1004

KELAS : DIB2A



NAMA: SYED FARIS MUQRI BIN SAIYID ZAINUL ASRI (SHIROHIGE)
NO MATRIK: 10DIB21F1067
KELAS: DIB2B




NAMA: MUHAMMAD NASRULLAH BIN ISMAIL (ADIK) 
NO MATRIK: 10DIB21F1009
KELAS: DIB2B




NAMA: MUHAMMAD HAMIZAN BIN JAMIL (GRENGO)
NO MATRIK: 10DIB21F1030
KELAS: DIB2A



NAMA: LUQMAN HAKIM BIN ZULKIFLI (LUQIE)
NO MATRIK: 10DIB21F1041
KELAS: DIB2B







Tuesday, 15 March 2022

LOGO KUMPULAN

 CIRI-CIRI LOGO:


  •  Warna hijau melambangkan keindahan  alam semulajadi.
  • Mentol memberikan nafas baharu kepada alam semulajadi.
  • Akar mengeratkan hubungan antara manusia dengan alam semulajadi.
  • Benih yang baru bercambah perlu di jaga dengan elok supaya alam di jaga dengan rapi


RUMUSAN TENTANG TEKNOLOGI HIJAU

 TEKNOLOGI HIJAU              Teknologi hijau  atau  teknologi alam sekitar  adalah penggunaan sains alam sekitar  untuk memulihara sumber d...